Sekitar Sambutan Birthday Zakwan Pada 15 Jan 2012

Sambutan Hari Lahir Zakwan yang ke-2 telah diadakan di rumah adikku di Taman Dato Harun pada 15 Januari 2012. Sengaja dibuat awal sehari sebab 16 Jan aku tak dapat cuti.

Majlis dibuat kecil-kecilan sahaja sesama keluarga kami. Sengaja dibuat di Dato Harun berbanding rumahku di Kota Damansara supaya kami dapat berkumpul terutamanya aku 3 beradik.

Zakwan pakai topeng dan topi sekejap untuk tujuan bergambar. Lepas tu terus dicampaknya ke tepi...

Inilah kek hari lahir Zakwan yang disponsor oleh datuk dan neneknya...

2nd birthday...

Makanan pada malam tu dengan menu istimewa mi kari spesial yang mak aku buat. Sate tu kira sampingan je. Ada juga mihun sup.

Sebelum potong kek, kami makan dulu. Zakwan makan mihun sup kegemarannya. Banyak juga dia makan.

Ini ketika Zakwan terjumpa hadiah lori Giant yang dibawa oleh Pak Longnya. Cadangnya nak beri lepas potong kek. Sorok dekat pintu, cuma nampak tapak je. Entah macam mana tiba-tiba Zakwan boleh terjumpa pulak...

Dapat mainan baru...

Buka hadiah yang dikirim oleh bakal Mak Long?

Main dulu. Zafran pulak main trumpet di belakang tu...

Time potong kek. Gambar Zakwan tiup lilin dan potong kek ada dalam kamera Pak Sunya...

Makan ceri...

Mari makan kek...

Selamat Hari Lahir, anakku...

0 ulasan: