Halal... Halal... Halal...


Bila JAIS dan JAKIM mengharamkan penggunaan logo halal swasta, aku rasa amat bersyukur. Sudah tentulah kerana logo Halal swasta ini mengelirukan umat Islam dan selama ini sebenarnya ia menipu kita umat Islam di Malaysia ini.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak restoran dan kafe yang menggunakan logo Halal swasta terutamanya restoran dan kafe terkemuka. Ini kerana logo Halal swasta lebih mudah diperolehi dan tiada pemantauan yang dilakukan oleh pihak pengeluar sijil halal tersebut.

Teringat peristiwa ketika aku berjalan-jalan di The Curve, Mutiara Damansara. Tiba-tiba 2 orang gadis Cina menahan aku untuk memperkenalkan minuman syarikat mereka yang diperbuat dari anggur secara halal (kononnya). Cham'alal namanya. Promosi 50%. Wah, bercakap pasal halal haram memang hebat. Maklumlah, nak jual barang. Dan salah seorang dari mereka memberikan air dalam satu cawan kecil kepadaku untuk test.

Bila melihatkan rupa air tu, aku ragu-ragu untuk minum sebab nampak pekat dan sedikit berbuih. Bila dekat di hidung, baunya memang kuat menusuk. Aku cuba minum. Bila air menyentuh bibirku, rasanya begitu kuat dan rasanya memang aku tak boleh telan. Terhenti setakat itu sahaja terutamanya bila salah seorang dari mereka mengatakan...

"Macamana? Rasa macam champange, kan?"

Pada masa tu rasanya kalau air tu dah masuk dalam mulut aku, pasti tersembur pada 2 gadis Cina tu.

Dalam keadaan marah, aku tanya pada gadis Cina tu... "Mazhab mana yang kata boleh minum air berperisa arak ni?"

Tapi manalah diorang boleh jawab, kan? Bagi diorang, kalau makanan tak campur babi atau arak tu diorang kira halal. Diorang tak tahu pun bagaimana makanan halal tu patut disediakan atau apa-apa aspek kritikal halal ni.

Dah beberapa kali aku jumpa benda-benda macam ni. Di MIHAS sendiri pun pernah ada orang buat pameran beer halal dan makanan berperisa babi. Di JomHeboh Bukit Jalil tahun lepas pun ada beer halal. Macam mana ni?



Gambar Selingan : Singapura punya Halal...

0 ulasan: