1.Mengetahui Jantina Anak dalam Kandungan
Perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih berseri berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. Segalanya dengan izin Allah.
2.Petua Menyarung Kain Batik
Mungkin anda tidak terfikir bahawa cara menyarung pakaian juga mempengaruhi seri wajah seseorang. Satu petua orang tua-tua yang boleh diamalkan ialah ketika menyarung kain batik, jangan sesekali menyarungnya dari kepala ke bawah. Sebaliknya sarunglah kain batik bermula dari kaki.
3.Menyah Bau Ketiak
Untuk mengelak ketiak berbau tengik , ketika mandi sapukan ketiak dengan kepala lutut beberapa kali. Amalkan setiap hari.
4.Mata Terkena Cili
Petua 1 : Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu. Selamat mencuba
Petua 2 : Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.
Petua 3: Gosokkan dengan hujung rambut.
5.Masakan Termasin
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian, basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutupkan semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
6.Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah ialah memasukkan sebatang sudu besi ke dalamnya. Biarakn seketika. Air panas ini akan cepat sejuk.
7.Tumbesaran Anak Cepat
Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar.
8.Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
9.Menyerikan Wajah
Selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka.
dan yang paling best...
10.Sumpahan Ular dan Lipan
Apabila kita terjumpa ular jangan kita sebut ular sebaliknya panggillah "Akar Rotan". Bila jumpa lipan pula, jangan dipanggil lipan sebaliknya "Tukang Lauk". Dengan panggilan tersebut, kedua-dua binatang itu menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan