
Sebaik sahaja selesai akad nikah, aku merasa teramat lega. Selain dapat menjadi suami orang, darah gemuruhku juga berkurangan. Memang memalukan bila aku terpaksa melakukan 2 kali akad kerana gementar yang ketara.
Selepas akad nikah di Masjid Mukim Kg Batu Balai, kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk Majlis Perkahwinan. Sampai sahaja di depan rumah, hujan turun dengan lebatnya. Akibatnya, barang hantaran naik terlebih dahulu berbanding pengantin lelaki. Geram betul aku...
Kami bertukar pakaian songket untuk tujuan bergambar. Acara yang asalnya hanyalah bergambar tiba-tiba bertukar jadi bersanding pula. Isteri aku memang suka bergambar. Maka berposing la dia sedangkan aku jadi penat. Mungkin sebab aku sebenarnya sedang kelaparan, belum makan apa-apa sejak pagi tadi.
Kemudian kami tukar persalinan warna pink pula. Bergambar situ, bergambar sini sampai aku naik letih. Entah bila nak makan.


Kek ini digunakan dalam acara memotong kek yang serba ringkas. Rasanya aku cuma dapat jamah sikit saja kek tu. Itupun yang disuap oleh isteriku untuk bergambar. Besar hujung jari kelingking je. Hajat di hati nak makan kek banyak-banyak nanti...

Kemudian, budak-budaklah yang pulun kek tu habis-habisan. Tengoklah gambar ni. Berebut-rebut. Nampak gayanya tak dapat la aku peluang nak merasa kek tu...

Yang ni pula adalah kek hantaran aku kepada isteri aku. Kek ni adik aku yang sponsor. Aku tak tanya pula harganya tapi syukurlah dia yang bayar. Nanti aku akan sponsor pula kek special untuk adik aku..
Yang pastinya aku gembira sebab dah jadi suami kepada isteri kesayangan aku ni. SELAMAT PENGANTIN BARU...